Leipzig waspada muslihat Real Madrid

Bellingham. Foto Agensi
Bellingham. Foto Agensi
A
A
A

KETERSEDIAAN Jude Bellingham untuk aksi pertama Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara Real Madrid dengan RB Leipzig kelihatan tidak mungkin selepas dia mengalami kecederaan pada hujung minggu.

Bagaimanapun, perkhabaran itu tidak menyakinkan pengendali kelab Bundesliga Jerman RB Leipzig, Marco Rose selagi tidak melihat senarai pemain angkatan Carlo Ancelotti di Red Bull Arena tersebut.

Malah, Rose tidak begitu yakin bahawa kelab Sepanyol itu akan kehilangan penjaring terbanyak LaLiga bagi perlawanan berintensiti tinggi di Jerman.

“Saya tidak percaya dia dikeluarkan bagi perlawanan penting ini.

“Saya tahu Jude, dia akan melakukan segala-galanya untuk bermain perlawanan Liga Juara-Juara.

“Dia mungkin berjumpa doktor lain hari ini untuk menjadi cergas.

"Saya sudah banyak membaca tetapi kita akan lihat sama ada dia ada di sini atau tidak,” kata Rose.

Sebelum itu, Bellingham meninggalkan padang pada minit ke-57 ketika Real menang 4-0 ke atas Girona pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Pemain tengah itu menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut dimaklumkan kelab bahawa dia telah didiagnosis selepas mengalami kecederaan di pergelangan kaki kirinya.

Rose tahu segala-galanya tentang kualiti Bellingham, yang dia latih di Borussia Dortmund pada musim 2021/22.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka akan melihatnya menjaringkan 16 gol liga musim ini - empat dalam Liga Juara-Juara.

“Saya rasa dia berada di kelab yang betul dan membuat langkah yang betul.

"Ia tidak mengejutkan dia memberi kesan sedemikian.

“Tetapi hakikat bahawa dia menjaringkan begitu banyak gol agak mengejutkan.

"Saya bersama dia selama setahun, dia pemain bola sepak hebat dengan mentaliti yang sukar dipercayai.

“Jika dia tidak bermain, Brahim Diaz sudah tentu menjadi pilihan.

"Mungkin mereka akan bermain dalam sistem 4-3-3 dengan Joselu di hadapan,” kata Rose.


LIGA JUARA-JUARA

Pusingan 16 Terbaik

Perlawanan Pertama

Rabu (14 Februari)

FC Copenhagen lwn Manchester City, 4 pagi

RB Leipzig lwn Real Madrid, 4 pagi

Khamis (15 Februari)

Paris Saint-Germain lwn Real Sociedad, 4 pagi

SS Lazio lwn Bayern Munich, 4 pagi