Bisa Bellingham pacu kemenangan Real Madrid

Bellingham. - Foto EPA
Bellingham. - Foto EPA
A
A
A

PEMAIN sensasi, Jude Bellingham terus konsisten mempamerkan bisanya apabila meledak gol ketiganya dalam tiga penampilan Liga Juara-Juara buat Real Madrid ketika kelab Sepanyol itu menang 2-1 ke atas Braga di laman lawan awal pagi Rabu.

Dalam aksi di Stadium Municipal itu Rodrygo meletakkan Real di depan pada babak pertama sebelum Bellingham melebarkan jaringan pada minit ke-61.

Bagaimanapun, Alvaro Djalo membalas satu jaringan buat Braga apabila menyumbat gol pada minit ke-63.

Pengurus Real, Carlo Ancelotti gembira dengan penguasaan bola para pemainnya dalam perlawanan itu, namun tidak menduga pasukan tuan rumah berupaya menghasilkan satu gol.

“Secara keseluruhan, kami menghasilkan satu perlawanan yang bagus.

“Namun saya tidak gembira apabila mereka menjaringkan gol kerana sebelum itu kami menguasai (permainan) dengan baik dan kemenangan sudah berada dalam genggaman,” katanya.

Jaringan itu merupakan gol ke-11 buat Bellingham dalam semua kejohanan sejak berpindah dari Borussia Dortmund sebelum bermula musim ini.

Kelab Sepanyol itu berpeluang mengesahkan tempat ke peringkat 16 ketika menerima kunjungan Braga pada 8 November.

Artikel Berkaitan: