Real Madrid bawa satu gol dari Leipzig

Diaz meraikan jaringan di Red Bull Arena, Leipzig pada Rabu. Foto Agensi
Diaz meraikan jaringan di Red Bull Arena, Leipzig pada Rabu. Foto Agensi
A
A
A

JUARA 14 kali, Real Madrid memastikan kemenangan 1-0 ke atas kelab Bundesliga Jerman, RB Leipzig dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Red Bull Arena, Leipzig pada Rabu.

Pasukan tuan rumah kendalian Marco Rose hampir di depan menerusi Benjamin Sesko, namun penolong pengadil menaikkan bendera kerana ofsaid.

Kedua-dua pasukan tidak mencipta banyak peluang pada separuh masa pertama apabila menampilkan corak permainan lebih berhati-hati.

Separuh masa kedua, Brahim Diaz menyerlahkan kehebatan kelab Sepanyol itu apabila meledak jaringan minit ke-48 buat gergasi La Liga tersebut.

Pemain berusia 24 tahun itu menerima bola di garisan tepi melepasi beberapa pemain pertahanan Leipzig, sebelum melakukan rembatan menewaskan Peter Gulacsi.

Diaz meraikan jaringan di Red Bull Arena, Leipzig pada Rabu. Foto Agensi
Diaz meraikan jaringan di Red Bull Arena, Leipzig pada Rabu. Foto Agensi

Jaringan itu menyaksikan anak buah Carlo Ancelotti kekal bertahan untuk membawa pulang satu gol menjelang perlawanan kedua di Stadium Santiago Bernabeu pada 7 Mac depan.

“Kami bermain dengan baik, dan bermotivasi serta teruja untuk kembali ke Liga Juara-Juara, pertandingan yang sangat kami sukai.

Artikel Berkaitan:

"Kami menentang lawan dengan kualiti hebat, yang bermain dengan intensiti tinggi. Kami mesti berada pada tahap terbaik baik dari segi pertahanan mahupun serangan.

"Leipzig pasukan berjiwa pejuang, yang memiliki kemahiran individu yang baik. Mereka mendahului 2-0 menentang Manchester City di peringkat kumpulan jadi jelas mereka mempunyai banyak kualiti," kata Ancelotti.