BATC medan uji kecerdasan Tze Yong

Tze Yong yang mengalami kecederaan belakang pada Terbuka Malaysia Januari lepas berkemungkinan diturunkan menentang Brunei dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, esok.
Tze Yong yang mengalami kecederaan belakang pada Terbuka Malaysia Januari lepas berkemungkinan diturunkan menentang Brunei dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, esok.
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang mengalami kecederaan belakang pada Terbuka Malaysia Januari lepas berkemungkinan diturunkan menentang Brunei dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, esok.

Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Hendrawan seolah-olah 'memberi bayangan' pemain ranking ke-15 dunia berkenaan akan dipilih barisan kejurulatihan untuk diturunkan pada perlawanan pertama itu.

"Persiapan semua pemain baik, namun mungkin Tze Yong lebih istimewa kerana ini kejohanan pertama selepas kecederaan. Tze Yong nampak baik semasa latihan walaupun belum 100 peratus (cergas).

" ... jadi kalau nak lihat dia cergas, kena tengok dalam perlawanan pertama nanti pasti akan nampak,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Setia City di sini pada Isnin.

Hendrawan turut mengakui menjadi juara kumpulan B pastinya memberi kelebihan kepada negara dalam undian peringkat suku akhir perlawanan.

Sementara itu, Tze Yong mengakui teruja untuk beraksi dalam BATC 2024 selepas melalui proses pemulihan selama sebulan tanpa menyertai mana-mana kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Beliau berharap kehadirannya pada edisi ini sebagai pemain lebih pengalaman mampu membantu untuk menyumbang mata berharga buat pasukan Malaysia.

"Saya mahu main semua perlawanan kalau keadaan badan saya baik. Tiada siapa yang mahu kalah jadi saya mahu sumbang satu mata kerana setiap mata sangat penting,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tze Yong terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama Terbuka Malaysia ketika ketinggalan 8-12 dalam set pertama menentang Koki Watanabe dari Jepun pada Januari.

Pada edisi kali ini, Malaysia yang turun sebagai juara bertahan kategori berpasukan lelaki diundi bersama Brunei, Kazakhstan dan Taiwan. - Bernama