BATC 2024: Selepas Brunei, giliran Kazakhstan dibelasah Malaysia

Zii Jia mudah menewaskan Panarin dalam aksi Kumpulan B BATC 2024 di Setia Alam pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Zii Jia mudah menewaskan Panarin dalam aksi Kumpulan B BATC 2024 di Setia Alam pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SKUAD lelaki negara meneruskan momentum positif aksi Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila menang 5-0 ke atas Kazakhstan di Pusat Konvensyen Setia City (SACC), Shah Alam pada Rabu.

Selepas garang membenam cabaran Brunei, 5-0 pada Selasa, skuad negara merehatkan Ng Tze Yong dan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam perlawanan ini.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia nombor 10 dunia mengutip mata pertama dengan kemenangan straight set ke atas pemain berstatus 74 dunia, Dmitriy Panarin, 21-11, 21-10.

Zii Jia mudah menewaskan Panarin dalam aksi Kumpulan B BATC 2024 di Setia Alam pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Zii Jia mudah menewaskan Panarin dalam aksi Kumpulan B BATC 2024 di Setia Alam pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pemain kedua negara, Leong Jun Hao yang berstatus 38 dunia pantas melebarkan rentak kemenangan selepas mengatasi Ibray Bayken, 21-8 21-11.

Eogene Ewe yang bernombor 298 dunia kemudian menjadikan kedudukan 3-0 selepas mengatasi Makhsut Tajibullayev, 21-7, 21-9.

Beregu lelaki muda negara Choong Hon Jian-Haikal Nazri yang menjadi taruhan keempat tampil lebih agresif dengan mengalahkan Ratmir Gilmanov-Ibray Bayken, 21-10, 21-9.

Pemain kelima negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melengkapkan kemenangan apabila mengalahkan Khaitmurat Kulmatov-Makhsut Tajibullayev, 21-6, 21-2.

Artikel Berkaitan:

Skuad negara akan berdepan Taiwan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Khamis.