Lelaki bertopeng selamba curi 50 iPhone depan orang ramai

Lelaki bertopeng mencuri iPhone dalam sebuah pusat membeli belah di California. Foto Agensi
Lelaki bertopeng mencuri iPhone dalam sebuah pusat membeli belah di California. Foto Agensi
A
A
A

CALIFORNIA - Video seorang lelaki dengan selamba mencuri kira-kira 50 unit telefon iPhone di sebuah kedai Apple Store pada waktu siang tular di platform media sosial, baru-baru ini.

Dalam klip video itu, seorang lelaki bertopeng dan memakai pakaian hitam pergi dari meja ke meja dan menyentap semua jenis iPhone serta meletakkan dalam poket seluarnya.

Difahamkan, dia mengambil puluhan telefon berharga ratusan dolar setiap unit sebelum keluar dari premis yang terletak dalam pusat membeli belah di Emeryville, California.

Polis memaklumkan kes itu dilaporkan pada pagi Isnin lalu.

Seorang pengadu memberitahu polis bahawa suspek lelaki telah melarikan diri dengan sebuah kenderaan dan telefon bernilai kira-kira AS$49,230 (RM234,580).

Bagaimanapun, polis berjaya menangkapnya pada Rabu lalu dan suspek dikenal pasti sebagai Tyler Mims, 22, yang merupakan penduduk di daerah Berkeley.

Mims kini ditahan dipenjara Santa Rail di Dublin dan jadualkan hadir ke mahkamah untuk berdepan pertuduhan kes kecurian pada Jumaat depan. - Agensi

Artikel Berkaitan: