Rakyat Indonesia puas hati dapat undi awal

Sebahagian pengundi menunjukkan jari yang sudah dicelup dengan dakwat sebagai tanda selesai membuang undi.
Sebahagian pengundi menunjukkan jari yang sudah dicelup dengan dakwat sebagai tanda selesai membuang undi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Rata-rata rakyat Indonesia yang di temui di pekarangan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI), di sini pada Ahad mengakui berpuas hati kerana dapat membuang undi awal sempena Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) Indonesia.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kesemua warga Indonesia yang membuang undi di KJRI mula hadir jam 8 pagi bagi urusan pendaftaran dan seterusnya membuang undi.

Bagi Haris Bahari, 48, berkata, undi awal kali sungguh bermakna buatnya kerana menjadi pengundi pertama yang membuang undi di KJRI.

Dia yang berasal dari Jawa Timur berkata, apa yang penting, undinya nanti akan membawa perubahan untuk menjadikan Indonesia lebih maju.

Haris
Haris

"Alhamdulillah, saya sudah selesai nyoblos (mengundi) dan berharap Indonesia selepas ini lebih maju.

"Selain itu seperti harapan rakyat yang mahu Indonesia lebih aman, makmur dan bahagia," katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Novi Atika Sari Sugianto, 38 pula, Pemilu kali ini diharap bakal menjadi medan perubahan kepada negaranya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, biarpun terpaksa bersusah sedikit kerana perlu datang semula untuk mengundi pada sebelah petang, namun diharapkan ia dapat membantu kemenangan calon yang menjadi pilihannya.

Novi Atika Sari
Novi Atika Sari

“Saya datang undi ni untuk buat pembaharuan... saya dah datang daftar sebelah pagi, tapi kena datang jam satu (tengah hari), sebab kena kerja dulu.

“Tapi tak mengapa, nanti saya akan datang semula lah untuk mengundi,” katanya.

Sementara itu, Mas Era Wati Saman, 48, siapa juga yang memenangi Pemilu kali ini perlu melakukan ‘perubahan’ kepada negaranya yang tercinta, Indonesia.

Katanya, perkara sama juga pastinya turut diinginkan oleh rakyat Indonesia yang keluar mengundi pada hari ini.

Mas Era Wati
Mas Era Wati

“Saya hadir ke sini pagi ini untuk nyoblos (mengundi) di Pemilu dan siapa pun anda yang saya pilih atau yang berjaya nanti, harus bawa perubahan untuk Indonesia. Merdeka!” katanya.