Pempengaruh rai kegembiraan dengan warga emas

William ambil kesempatan melawat rumah orang tua sempena Tahun Baharu Cina dan memberikan perkhidmatan potongan rambut percuma kepada mereka.
William ambil kesempatan melawat rumah orang tua sempena Tahun Baharu Cina dan memberikan perkhidmatan potongan rambut percuma kepada mereka.
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk berkongsi keseronokan dalam menyambut hari perayaan begitu juga dengan pempengaruh media sosial, William Seng.

Menerusi satu hantaran video di laman sosial, TikTok berdurasi 18 minit, dia mengambil kesempatan untuk melawat rumah orang tua sempena Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, dia ke rumah berkenaan untuk menggunting rambut kesemua penghuni untuk menyambut perayaan itu.

“Memandangkan esok (Sabtu) merupakan Tahun Baharu Cina jadi saya kembali (ke rumah orang tua) untuk menggunting rambut mereka.

“Kebanyakan orang yang melawat rumah orang tua akan memberikan sumbangan makanan sempena Tahun Baharu Cina.

“Dan saya mahu membantu mereka untuk kelihatan menarik sempena perayaan ini,” tulisnya.

Tambah William lagi, hampir setiap bulan dia akan melawat rumah orang tua, namun lawatan pada kali ini begitu bermakna bagi mereka.

Katanya, senyuman manis terukir pada wajah penghuni rumah berkenaan merupakan perkara pertama yang mahu dilihat setiap kali hadir ke pusat itu.

Artikel Berkaitan:

Menerusi hantaran video itu juga, ramai pengguna media sosial mengucapkan terima kasih kepadanya kerana berbuat baik kepada orang tua.

“Awak akan dirahmati beratus kali,” tulis @Gemini Babe.

Sementara itu, @LadyRaraohlala berkata, perbuatan anda sangat manis dan senyuman mereka menunjukkan segala-galanya.