Guna saluran politik tegakkan syariah Islam

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan yang memutuskan sebanyak 16 Seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan yang memutuskan sebanyak 16 Seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
A
A
A

KUANTAN - Semua umat Islam diseru untuk menggunakan saluran politik bagi memastikan syariah Islam kembali ditegakkan.

Ketua Penerangan Pas Pahang, Aireroshairi Roslan menjelaskan betapa pentingnya kuasa politik itu dikuasai oleh orang yang beriman.

Menurutnya, betapa pentingnya hadir untuk mengundi dan betapa pentingnya rakyat bersatu atas nama Islam.

"Lihatlah UMNO yang sedang merobohkan identiti melayu Islam. Sokongan mereka memberi mandat untuk kerajaan liberalis ini terus berkuasa.

"Mereka pula sedang menginjak-injak Islam didepan mata kita semua. Ke mana hala tuju Islam di Malaysia selepas ini?," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan yang memutuskan sebanyak 16 Seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Beliau berkata, hari ini dalam sejarah apabila 16 daripada 18 enakmen jenayah syariah berjaya ditewaskan lapan hingga satu oleh kumpulan hakim yang terdiri dari enam islam dan tiga bukan Islam.

"Apa akan terjadi kepada semua institusi Islam yang lain? JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) Mahkamah Syariah setiap negeri, Jabatan Agama Islam setiap negeri, dan Majlis Agama Islam setiap negeri?

Artikel Berkaitan:

"Apa pula akan terjadi dengan dunia pendidikan Islam yang jumlahnya bukan sedikit di Malaysia? Pondok, madrasah, tahfiz, ribath dan semua pengajian aliran agama dari pendidikan awal sehingga setinggi-tingginya," jelasnya.

Menurutnya, selama ini, ia sudah menjadi darah daging kehidupan Muslim di Malaysia.

Soalnya, adakah ini keputusan rakyat Malaysia yang Muslim, atau kita sedang menjadi mangsa demokrasi cacat yang sedang diamalkan dalam negara ini?

"Hari ini saya marah. Keadaan ini tidak boleh berlanjutan. Kuasa politik yang dipegang oleh kelompok yang tidak mempedulikan Islam ini perlu segara dijatuhkan," katanya.