SPRM kesan Bensir Begam bantu siasatan kes Op Taufan

Bensir Begam
Bensir Begam
A
A
A

PUTRAJAYA - Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes Op Taufan melibatkan pertubuhan Aman Palestin Berhad.

SPRM dalam satu kenyataannya berkata, wanita yang dikesan tersebut ialah Bensir Begam Ahmad Basheer, 42, dengan alamat terakhir di Taman Seri Damai, Kajang, Selangor.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Salvinder Singh a/l Amrik Singh di talian 03-88911636/013-2553131 atau email kepada salvinder@sprm.gov.my," katanya pada Jumaat.

Pada Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan SPRM memerlukan sedikit masa bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dana melibatkan Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).

Beliau berkata, pihaknya perlu mendapatkan pengesahan beberapa perkara berhubung kes tersebut.

Beliau berkata, selain menyiasat bagaimana wang-wang diterima Aman Palestin dibelanjakan, SPRM juga perlu menyiasat syarikat-syarikat yang ditubuhkan melibatkan dana diperoleh daripada orang ramai.

Artikel Berkaitan: