SPRM tahan anggota polis bantu siasatan rasuah RM2,000

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota polis hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM2,000 daripada dua lelaki.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditangkap di sebuah daerah di negeri ini tengah hari tadi dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi permohonan reman.

Sumber memaklumkan pada bulan lepas, polis menyerbu sebuah rumah dan menahan dua lelaki disyaki terlibat dengan penggunaan bahan terlarang.

Ekoran itu, anggota polis itu membawa kedua-dua lelaki tersebut bagi ujian air kencing dan kemudian meminta serta menerima wang RM2,000 daripada kedua-dua lelaki tersebut bagi tujuan tidak mengambil tindakan menahan mereka.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan: