Eropah: Januari 2024 rekod suhu terpanas dalam sejarah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ANKARA - Januari 2024 mencatat rekod sebagai bulan paling panas dalam sejarah dengan suhu mencecah 13.14 darjah Celsius (°C), menurut kenyataan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (C3S).

Bacaan suhu berkenaan 0.70 °C lebih tinggi daripada 1991 hingga 2020 dan 0.12°C lebih panas daripada Januari 2020, lapor Agensi Anadolu.

"Ini adalah bulan kelapan paling panas pernah direkodkan bagi bulan masing-masing dalam setahun," menurut kenyataan itu.

Januari 2024 juga lebih lembap di kebanyakan bahagian Eropah, terutamanya ribut melanda utara dan barat daya Eropah manakala Sepanyol, wilayah Maghreb, selatan United Kingdom, Ireland, timur Balkan dan kebanyakan tempat di Scandinavia lebih kering. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan: