Dua buruh diberkas, rampas ganja RM22,000

Dadah dan kenderaan yang dirampas polis dalam serbuan di Jalan Kalumpang, di sini, pada Rabu.
Dadah dan kenderaan yang dirampas polis dalam serbuan di Jalan Kalumpang, di sini, pada Rabu.
A
A
A

HULU SELANGOR - Dua buruh diberkas kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Kalumpang, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menahan kedua-dua suspek lelaki berusia 31 dan 43 tahun yang menaiki sebuah kereta Proton Saga pada jam 8.20 malam.

"Kita turut merampas sebanyak tujuh bungkusan plastik foil berwarna kekuningan berisi ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 6.276 kilogram bernilai RM22,000," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Faizal berkata, semakan rekod mendapati hanya seorang suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif ganja," katanya.

Beliau berkata, tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 bagi menyiasat aset-aset milik sindiket juga turut dilaksanakan.

"Kesemua suspek direman tujuh hari bermula Khamis hingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

Artikel Berkaitan: