Timbang semula benar graduan asing bekerja di Malaysia - Gerakan

Puvaniten M. Helan Gova
Puvaniten M. Helan Gova
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula cadangan membenarkan graduan asing dari institut pengajian tinggi tempatan bekerja di Malaysia.

Ketua Biro Pendidikan dan Masyarakat Berilmu Gerakan, Puvaniten M. Helan Gova berkata, parti tersebut hairan dengan kerajaan dengan keputusan untuk membawa masuk graduan asing tanpa mengambil kira perasaan dan masa depan graduan tempatan yang sungguh berbakat.

"Alasan untuk memenuhi keperluan industri sektor teknologi tidak boleh diterima, sebaliknya kerajaan perlu mencari inisiatif lain termasuk bagaimana memenuhi permintaan sektor tersebut dan optimumkan pengambilan graduan tempatan.

"Kerajaan seharusnya bertanggungjawab melahirkan graduan tempatan yang berkemahiran tinggi dan mengiatkan fokus dalam menangani masalah gaji tidak selaras dengan kadar inflasi dialami pekerja di Malaysia sekian lama," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain itu, katanya, Gerakan menasihati supaya kerajaan yang dahulunya hebat dalam berbicara dan mempunyai banyak formula dalam menyelesaikan masalah pengganguran, untuk memastikan rakyat tempatan dibayar dengan kadar upah yang sepatutnya.

"Malah, sehingga September 2023 sebanyak 35 peratus graduan dalam bidang jurutera memperoleh gaji permulaan kurang daripada RM2,000. Adakah kerajaan benar-benar percaya bahawa graduan asing sanggup tinggal dan bekerja di Malaysia dengan gaji sebegini," soalnya.

Artikel Berkaitan: