Sami warga asing ditahan disyaki rogol wanita tempatan

Seorang sami warga asing ditahan disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di Puchong, Ogos lalu.
Seorang sami warga asing ditahan disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di Puchong, Ogos lalu.
A
A
A

SERDANG - Seorang sami warga asing ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, Ogos lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Izuddin Ab Wahab berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40-an telah ditangkap di Puchong Jaya Selangor di sini, pada 23 September lalu.

"Suspek direman tujuh hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini, hanya seorang wanita berusia 30-an yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual suspek telah membuat laporan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan polis memburu suspek kes tersebut.

Mangsa telah dirakam keterangan dan polis juga sedang mengesan saksi-saksi terlibat untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!