Mydin terima pengiktirafan, edar 100,000 origami kraf naga

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin bersama isterinya, Datin Siti Hawa Mohd menunjukkan origami kraf naga yang dihasilkan sempena ‘The Most "Dragon" Paper Crafts Distributed in a Day’ yang diadakan baru-baru ini.

A
A
A

RANGKAIAN pemborong dan peruncit halal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berjaya memecah rekod ‘The Most "Dragon" Paper Crafts Distributed in a Day’ yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Mydin dalam satu kenyataan memaklumkan, penyerahan sijil tersebut disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Edwin Yeoh Tiong Chin kepada Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin dan disaksikan oleh Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang di Mydin Subang Jaya pada 1 Februari lepas.

Siti Hawa (tengah) bersama kanak-kanak menunjukkan origami yang dihasilkan.
Siti Hawa (tengah) bersama kanak-kanak menunjukkan origami yang dihasilkan.

“Sebanyak 100,000 origami kraf naga kertas yang diedarkan kepada orang ramai melalui surat khabar The Star dan kepada pelajar sekolah melalui cawangan Mydin di seluruh negara adalah simbol perpaduan dan keharmonian kepelbagaian kaum di negara ini,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Ahimmat berkata, inisiatif tersebut menzahirkan komitmen Mydin untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan meraikan kepelbagaian perayaan di negara ini.

Pelajar sekolah menunjukkan origami kraf naga yang dihasilkan sempena ‘The Most
Pelajar sekolah menunjukkan origami kraf naga yang dihasilkan sempena ‘The Most "Dragon" Paper Crafts Distributed in a Day’ yang diadakan baru-baru ini.

“Tanpa sokongan pelanggan yang berbilang kaum, Mydin tidak mungkin akan bertahan dan kekal mampan dalam era perniagaan yang mencabar,” kata Ahimmat.

Artikel Berkaitan:

Murid sekolah menunjukkan kreativiti mereka menghasilkan origami kraf naga.
Murid sekolah menunjukkan kreativiti mereka menghasilkan origami kraf naga.

Ahimmat (empat dari kanan) menunjukkan anugerah yang diterima.
Ahimmat (empat dari kanan) menunjukkan anugerah yang diterima.