Tiada pendakwaan ke atas Taib Mahmud - Azam Baki

Abdul Taib Mahmud
Abdul Taib Mahmud
A
A
A

KUCHING - Tiada sebarang pendakwaan kes rasuah akan dilakukan terhadap bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui pihaknya pernah melakukan siasatan terhadap Abdul Taib sebelum ini, namun ia tidak sampai kepada proses pendakwaan.

"Dalam setiap kes kami, saya jamin kita akan siasat semua kes dan jika ia berkait dengan individu berprofil tinggi di Sarawak, di negeri ini, kes itu sebenarnya telah dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara, dan Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan tiada tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta pada sesi Forum Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Sarawak di sini hari ini.

Enam tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengakui terdapat 15 kertas siasatan pernah dibuka bagi menyiasat Abdul Taib, namun tiada tindakan diambil. - Awani

Artikel Berkaitan: