Lelaki Rohingya dukung anak, tinggalkan lori ditahan JPJ

Seorang lelaki Rohingya gagal melarikan diri sambil mendukung anaknya apabila ditahan anggota penguat kuasa JPJ Kelantan.
Seorang lelaki Rohingya gagal melarikan diri sambil mendukung anaknya apabila ditahan anggota penguat kuasa JPJ Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki Rohingya mendukung anaknya cuba melarikan diri dengan meninggalkan lori dipandunya apabila ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan sdi Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Tunjong pada Selasa.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, lelaki bersama anaknya itu ditahan semasa Operasi Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) yang dijalankan.

"Sebelum itu lelaki berkenaan telah bertindak membaling kunci lori yang dipandunya itu ke dalam longkang berhampiran lokasi.

"Tindakan itu, bertujuan mengaburi mata anggota penguat kuasa, bagaimanapun gagal," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Menurut beliau, semasa ditahan lelaki berkenaan mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Ujarnya, pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut mempunyai cukai jalan yang sah.

JPJ Kelantan tidak menolak kemungkinan lori itu disewa daripada warga tempatan.
JPJ Kelantan tidak menolak kemungkinan lori itu disewa daripada warga tempatan.

Mohd Misuari memberitahu, JPJ Kelantan tidak menolak kemungkinan lori itu disewa oleh lelaki berkenaan daripada warga tempatan.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, penguatkuasaan itu bertujuan memastikan warga asing mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

"Warga asing mesti memiliki lesen memandu yang sah dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang berkuatkuasa semasa memandu kenderaan di negara ini.

"Mereka (warga asing) perlu memiliki dokumen yang sah," katanya.

Menurut Mohd Misuari, pada masa sama JPJ Kelantan turut menyita 14 lagi buah kenderaan yang dipandu warga asing dipercayai disewa daripada pemilik tempatan.

JPJ Kelantan menyita 14 buah kenderaan dipandu warga asing dipercayai disewa daripada pemilik tempatan.
JPJ Kelantan menyita 14 buah kenderaan dipandu warga asing dipercayai disewa daripada pemilik tempatan.

"Operasi hari ini dilaksanakan hasil daripada risikan selama dua bulan oleh Unit Risikan JPJ Kelantan berdasarkan maklumat orang awam.

"Tindakan itu diambil berpandukan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.