PATI cuba sogok penguat kuasa ditahan SPRM

Seorang PATI cuba menyogok wang RM100 kepada anggota penguat kuasa yang sedang bertugas ditahan SPRM Sabah pada Rabu. Gambar hiasan
Seorang PATI cuba menyogok wang RM100 kepada anggota penguat kuasa yang sedang bertugas ditahan SPRM Sabah pada Rabu. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba menyogok wang RM100 kepada anggota penguat kuasa yang sedang bertugas membawa padah apabila ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Rabu.

Suspek lelaki berusia 20-an itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan kira-kira jam 6 petang selepas diserahkan oleh pihak anggota penguat kuasa.

Suspek yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah itu dikatakan cuba menawarkan kira-kira RM100 kepada anggota penguat kuasa sebagai balasan untuk tidak dikenakan sebarang tindakan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan semasa ditahan di pusat bandar Sandakan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pada Khamis mengesahkan penahanan suspek tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan menawarkan rasuah kepada penjawat awam," katanya.

Beliau dalam pada itu turut memuji tindakan anggota penguat kuasa yang telah menolak tawaran rasuah tersebut.

"Saya menyeru agar lebih ramai penjawat awam terutama daripada agensi-agensi penguat kuasa untuk tampil melaporkan kesalahan rasuah kepada SPRM," katanya.

Artikel Berkaitan: