Amaran ribut petir di lima negeri, dua Wilayah Persekutuan

Amaran ribut petir di lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan dikeluarkan pada jam 2.45 petang pada Jumaat. - Foto hiasan
Amaran ribut petir di lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan dikeluarkan pada jam 2.45 petang pada Jumaat. - Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan membabitkan lima negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang Jumaat.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat memaklumkan, kawasan terlibat di Terengganu ialah Hulu Terengganu dan Kemaman, manakala di Selangor meliputi Klang, Petaling, Kuala Selangor dan Gombak.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta dua daerah di Johor iaitu Segamat dan Kota Tinggi.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri, Limbang serta Mukah.

Sementara itu, di Sabah, kawasan terlibat meliputi Tawau (Lahad Datu), Kudat, Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan, selain Wilayah Persekutuan Labuan.

Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir itu merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!