Lebih 6,000 polis trafik ditugaskan sempena Tahun Baharu Cina

abatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menempatkan 6,559 pegawai dan anggotanya di seluruh negara untuk penugasan Op Selamat 21. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
abatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menempatkan 6,559 pegawai dan anggotanya di seluruh negara untuk penugasan Op Selamat 21. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 6,559 anggota dan pegawai polis ditugaskan dalam Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina bermula 8 hingga 13 Februari, di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, susulan itu anggota dan pegawai yang terlibat dalam operasi itu telah dibekukan cuti bagi memberi tumpuan dan komitmen dalam menjayakan operasi tersebut.

Beliau berkata, melalui operasi tersebut pihaknya akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalu lintas dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

"Kita juga melaksanakan pencegahan kes jenayah terhadap harta benda dan kediaman yang ditinggalkan orang ramai sepanjang tempoh musim perayaan itu," katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia, pada Selasa.

Mohd Azman berkata, pihaknya menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya kerana orang ramai pulang ke kampung.

"Kita telah menyediakan kekuatan anggota dan pegawai secukupnya untuk ditempatkan di lapangan bagi melancarkan aliran trafik," katanya.

Mohd Azman berkata, pihaknya turut menempatkan anggota dan pegawai di 407 lokasi 'hot spot' serta 76 'black spot' di negeri dan daerah.

Jelasnya, sebanyak 18 'hot spot' dan 46 'blackspot' turut dikenal pasti di kawasan lebuh raya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Azman berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan rakan kolaborasi strategik PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Selain itu, pihaknya turut menempatkan 'emergency response team (ERT) tersebut di beberapa lokasi strategik.

Dalam masa sama, Mohd Azman turut menasihatkan orang ramai merancang perjalanan serta membuat persediaan awal sebelum pulang ke kampung.

"Orang ramai perlu memastikan kenderaan diselenggara dengan baik serta dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan. "Orang ramai juga perlu memandu dengan kelajuan yang dibenarkan serta mematuhi arahan papan tanda," katanya.