Abdul Hadi sampaikan perutusan Tahun Baharu Cina dalam 4 bahasa

Hantaran poster dimuat naik Abdul Hadi di Facebook pada Khamis.
Hantaran poster dimuat naik Abdul Hadi di Facebook pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat kelainan dengan menyampaikan perutusan khas sambutan Tahun Baharu Cina dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Beliau berkata, kepelbagaian kaum dan bangsa di negara ini diraikan sebagai tanda kebesaran ALLAH SWT serta fitrah kejadian manusia.

“Kita semua mahukan Malaysia yang sejahtera di mana masyarakat hidup harmoni, aman dan saksama.

“Dalam hidup bermasyarakat majmuk ini, hendaklah saling mengenali budaya, kunjung-mengunjungi dan hormat-menghormati.

“Hal ini supaya kita terus hidup dengan suasana penuh harmoni, saya sendiri terus belajar tentang budaya serta amalan kaum lain di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berharap agar perayaan Tahun Baharu Cina kali ini terus dieratkan dan diperkukuhkan.

“Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman untuk meraikannya dengan keluarga, saya doakan semoga perjalanan anda selamat," ujarnya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari bersempena sambutan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian tol yang bermula pada jam 12.01 tengah malam 8 Februari hingga jam 11.59 malam 9 Februari itu diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.