86 tahanan lolos sudah ditahan, 43 masih dikesan

Operasi Khas PDRM yang diketuai Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi (dua dari kanan) berjaya menahan dua tahanan etnik Rohingya malam tadi. Foto: ihsan PDRM
Operasi Khas PDRM yang diketuai Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi (dua dari kanan) berjaya menahan dua tahanan etnik Rohingya malam tadi. Foto: ihsan PDRM
A
A
A

TAPAH - Jumlah tangkapan tahanan yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor menunjukkan perkembangan positif apabila seramai 86 orang berjaya ditangkap setakat pagi Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan itu melibatkan 64 tahanan yang dilaksanakan polis menerusi Op Kesan Depot.

Menurut beliau, seramai 22 orang lagi tangkapan dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia sepanjang enam hari operasi berlangsung bermula Khamis lalu.

Operasi Khas PDRM yang diketuai Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berjaya menahan dua tahanan etnik Rohingya malam tadi. Foto: ihsan polis
Operasi Khas PDRM yang diketuai Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berjaya menahan dua tahanan etnik Rohingya malam tadi. Foto: ihsan polis

"Operasi Khas PDRM yang dijalankan pada malam Isnin berjaya menangkap 26 lelaki etnik Rohingya.

"Tangkapan dilakukan di kawasan Kilometer 326.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah selatan, rumah kongsi Projek Felcra Sungai Gempel, Kampung Orang Asli Kenoh, kawasan Pos Woh, Jalan Pahang dan Kampung Batu Melintang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Op Kesan Depot yang diketuai Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi akan diteruskan bagi mengesan baki 43 tahanan yang masih lolos. Foto: ihsan PDRM
Op Kesan Depot yang diketuai Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi akan diteruskan bagi mengesan baki 43 tahanan yang masih lolos. Foto: ihsan PDRM

Mohd Yusri berkata, operasi diteruskan bagi mengesan baki 43 lagi tahanan yang masih bersembunyi di sekitar daerah Tapah.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis media melaporkan seramai 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari blok lelaki depot itu dengan dua daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya.