Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kekal kukuh susulan peningkatan ketegangan geopolitik, kenyataan Rizab Persekutuan (Fed) yang membayangkan kenaikan kadar serta data ekonomi AS yang positif.Gambar hiasan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kekal kukuh susulan peningkatan ketegangan geopolitik, kenyataan Rizab Persekutuan (Fed) yang membayangkan kenaikan kadar serta data ekonomi AS yang positif.Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kekal kukuh susulan peningkatan ketegangan geopolitik, kenyataan Rizab Persekutuan (Fed) yang membayangkan kenaikan kadar serta data ekonomi AS yang positif, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7460/7520 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7155/7185 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS terus mencatatkan kenaikan disokong oleh data senarai gaji bukan ladang (NFP) bagi Januari yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 353,000 berbanding anggaran konsensus 185,000, yang mencerminkan kekukuhan ekonomi AS.

"Tanggapan daripada data NFP itu menunjukkan bahawa Fed mungkin mahu mengekalkan kadar yang lebih tinggi bagi tempoh yang lebih lama yang seterusnya akan memberi sokongan kepada dolar AS. Ini seterusnya akan menjejaskan mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan ditutup tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.1957/2000 daripada 3.2142/2164 pada Jumaat minggu lepas, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9804/9880 daripada 6.0160/0199 dan menokok berbanding euro kepada 5.1038/1103 daripada 5.1352/1384.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara Asean.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5260/5307 daripada 3.5309/5334 pada Jumaat minggu lepas dan naik berbanding baht Thai kepada 13.2559/2782 daripada 13.3735/3873.

Artikel Berkaitan:

Ringgit ditutup rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.1/302.6 daripada 301.0/301.4 dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.45.