Kelantan adakan solat hajat atas Jambatan Tendong


Lebih 500 jemaah menyertai solat hajat di Jambatan Tendong pada Isnin bagi memohon perlindungan dan sebagai usaha mengelakkan lebih banyak kes terjun jambatan berkenaan.
Lebih 500 jemaah menyertai solat hajat di Jambatan Tendong pada Isnin bagi memohon perlindungan dan sebagai usaha mengelakkan lebih banyak kes terjun jambatan berkenaan.
A
A
A

PASIR MAS - Lebih 500 jemaah menyertai solat hajat di Jambatan Tendong di sini bagi memohon perlindungan dan sebagai usaha mengelakkan lebih banyak kes terjun jambatan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 17 kes terjun jambatan direkodkan di Kelantan dalam tempoh empat tahun bermula 2021 dan 16 kes daripadanya ditemukan lemas.

Solat hajat itu diimamkan oleh Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, solat hajat itu merupakan usaha awal memohon kepada ALLAH SWT supaya kejadian sama tidak berulang.


Solat hajat itu diimamkan oleh Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang.
Solat hajat itu diimamkan oleh Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang.

"Banyak kes berlaku di jambatan ini dan kita mengambil pendekatan melaksanakan solat hajat di sini," katanya Majlis Solat Hajat di Jambatan Tendong, di sini pada Isnin.

Bagaimanapun jelas beliau, solat hajat boleh dilakukan di masjid atau lokasi lain.

Tambah, Mohd Nassuruddin, pihaknya masih lagi berbincang dengan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk pemasangan penghadang bagi mengelak kejadian terjun jambatan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Media sebelum ini melaporkan lokasi paling banyak melibatkan kes itu ialah di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu iaitu sembilan kes diikuti empat kes di Jambatan Tendong, kes terjun jambatan turut berlaku di Jambatan Salor dan Pak Nik Lah di Kota Bharu, Wakaf King (Tumpat) serta Tok Bali (Pasir Puteh).