Bilik darjah SK Lahar Yooi terbakar

Kebakaran melibatkan peralatan meja dan kerusi dalam kelas berkenaan.
Kebakaran melibatkan peralatan meja dan kerusi dalam kelas berkenaan.
A
A
A

KEPALA BATAS - Bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi di Jalan Merbau Kudong, di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika pasukan bomba sampai mendapati kebakaran melibatkan peralatan meja dan kerusi.

"Kebakaran turut melibatkan struktur bangunan bilik darjah dengan anggaran keluasan 20 x 20 kps.

"Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 10 peratus dan tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, kerja-kerja memadamkan api masih dijalankan dan pasukan forensik kebakaran akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Artikel Berkaitan: