Palestin kecam rancangan Israel bina 7,000 penempatan di Tebing Barat

Kementerian Luar Palestin pada Jumaat mengecam kenyataan Menteri Israel, Bezalel Smotrich untuk membina 7,000 unit penempatan di Tebing Barat.(Gambar hiasan) Foto 123rf
Kementerian Luar Palestin pada Jumaat mengecam kenyataan Menteri Israel, Bezalel Smotrich untuk membina 7,000 unit penempatan di Tebing Barat.(Gambar hiasan) Foto 123rf
A
A
A

RAMALLAH - Kementerian Luar Palestin pada Jumaat mengecam kenyataan Menteri Israel, Bezalel Smotrich untuk membina 7,000 unit penempatan di Tebing Barat.

Kementerian itu berkata, pelaksanaan pelan itu dianggap peningkatan berbahaya dan provokatif di tengah-tengah konflik serta terang-terangan mencabar pendirian antarabangsa dan Amerika Syarikat (AS)yang menolak penempatan dan serangan pendatang Yahudi terhadap warga Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Rancangan itu juga dilihat sebagai tindak balas kepada keputusan pentadbiran AS untuk mengenakan sekatan ke atas beberapa pendatang ekstremis Yahudi.

Kementerian menggesa masyarakat antarabangsa dan pentadbiran AS memaksa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menghentikan sebarang pembinaan.

"Kegagalan untuk melaksanakan resolusi antarabangsa yang berkaitan menggalakkan Israel meningkatkan aktiviti penempatan dan mensabotaj usaha antarabangsa untuk menamatkan pencerobohan dan mencapai keamanan," menurut kementerian itu.

Pergerakan Peace Now Israel menganggarkan lebih 700,000 pendatang tinggal di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram. - Bernama

Artikel Berkaitan: