Malaysia idam pingat emas pada WCWC2020

Kejohanan Piala Dunia Woodball 2020 (WCWC2020) yang dijadualkan berlangsung di Perlis pada 24 hingga 30 Julai ini. - Foto 123RF
Kejohanan Piala Dunia Woodball 2020 (WCWC2020) yang dijadualkan berlangsung di Perlis pada 24 hingga 30 Julai ini. - Foto 123RF
A
A
A

KANGAR - Malaysia sasar pingat emas pada Kejohanan Piala Dunia Woodball 2020 (WCWC2020) yang dijadualkan berlangsung di Perlis pada 24 hingga 30 Julai ini.

Presiden Persatuan Woodball Malaysia (MWA), Elaine Tan berkata, keyakinan tersebut berdasarkan peningkatan pencapaian pemain khususnya pemain baharu beberapa tahun kebelakangan ini, namun beliau tidak meletakkan sasaran jumlah pingat.

“Saya yakin Malaysia akan meraih beberapa pingat khususnya pingat emas,” katanya selepas hadir pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Persekutuan Woodball Antarabangsa (IWbF), MWA dan Persatuan Woodball Perlis (PWPs) di sebuah hotel di sini malam tadi.

Majlis itu disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku penaung PWPs.