UEM Group bina potensi jurutera muda industri tenaga hijau

Jurutera muda serta penggerak kepada potensi industri hijau Cenergi. Dari kiri, Mohd Taufik, Mohd Nazul, Nur Alyaa, Nurul Farah dan Ahmad Syihan.
Jurutera muda serta penggerak kepada potensi industri hijau Cenergi. Dari kiri, Mohd Taufik, Mohd Nazul, Nur Alyaa, Nurul Farah dan Ahmad Syihan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dalam usaha memastikan Malaysia mencapai status bebas karbon menjelang 2050, UEM Group Berhad (UEM Group) mengorak langkah menggerakkan usaha menyokong pembinaan potensi jurutera-jurutera tempatan dalam industri tenaga hijau.

Usaha itu dijelaskan Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Izani Ghani yang mana sokongan tersebut menurut beliau, amat penting bagi membentuk masa depan negara untuk mencapai 70 peratus peralihan bekalan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui (RE).

"Jurutera muda memainkan peranan penting dalam peralihan tenaga. Di UEM Group dan menerusi anak syarikat seperti UEM Lestra Berhad dan Cenergi SEA Berhad (Cenergi), kami menekankan usaha untuk melengkapi generasi muda Malaysia dengan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan untuk menopang pertumbuhan sektor hijau Malaysia.

“UEM Group berhasrat untuk terus membimbing jurutera muda kami, memperkukuhkan serta meluaskan kecekapan mereka selain membuka peluang merangkul tangga korporat dalam sektor hijau seterusnya mewujudkan peralihan tenaga Malaysia," katanya.

Sambil memberikan contoh Cenergi, beliau menyatakan anak syarikat UEM Group itu telah melaksanakan komitmen mereka memajukan kepakaran dan keupayaan jurutera muda dari pelbagai latar belakang dalam industri hijau.

Malah, syarikat itu katanya turut menyediakan peluang kepada mereka menerokai potensi yang ditawarkan dalam industri itu.

Peranan Cenergi

Artikel Berkaitan:

MOHD IZANI
MOHD IZANI



Pada masa sama, Cenergi menurut Mohd Izani berkemampuan serta memiliki kepakaran mengurangkan jejak karbon melalui pelaburan dalam RE seperti biogas, biomass dan solar.

Selain itu, Cenergi turut melaksanakan projek-projek kecekapan tenaga yang turut merangkumi penyampaian pengetahuan teknikal kepada para jurutera muda Malaysia.

“Jurutera ini juga terlibat secara langsung dalam pelbagai peringkat operasi meliputi komersial, pengurusan projek, perancangan kewangan, pematuhan, regulasi serta pengurusan risiko,” jelas beliau.

Selain itu, pendekatan bersepadu Cenergi turut memastikan para jurutera muda mendapatkan kecekapan menyeluruh yang diperlukan untuk menangani kompleksiti industri hijau dengan berjaya.

Melalui kerjasamanya dengan Cenergi, UEM Group menunjukkan komitmen kukuh terhadap pemberdayaan jurutera muda Malaysia.

Komitmen jurutera muda

Cenergi telah membuktikan komitmen mereka terhadap pembangunan tenaga hijau di Malaysia dengan melibatkan jurutera muda yang berbakat dalam pelbagai projek inovatif.

Bagi Ahmad Syihan Abdullah, 34, perkhidmatannya di Cenergi sejak 2017 telah membuka peluang besar kepadanya untuk memajukan lagi kepelbagaian pembangunan syarikat dalam industri tenaga hijau.

Cenergi telah melaksanakan komitmen memajukan kepakaran dan keupayaan jurutera muda dalam industri hijau.
Cenergi telah melaksanakan komitmen memajukan kepakaran dan keupayaan jurutera muda dalam industri hijau.

Bertugas sebagai Ketua Unit Pembangunan Perniagaan Solar dan Kecekapan Tenaga di Cenergi, beliau memberi penekanan terhadap menawarkan program solar bumbung komersial dan industri yang mampu mengurangkan penggunaan tenaga serta pelepasan tenaga ke udara.

Pemegang Ijazah Kejuruteraan Biokimia, Kolej Universiti London itu berkata, langkah itu membolehkan para pelanggan Cenergi menjimatkan tenaga kos elektrik mereka tanpa mengeluarkan sebarang modal yang besar.

Sementara itu, Penolong Pengurus (Reka Bentuk Biogas) Cenergi, Mohd Nazul Abdul Kadir, 36, turut berkongsi pengalamannya bersama syarikat itu yang berjaya meletakkan kemampuan mereka sebaris dengan syarikat-syarikat antarabangsa dalam mereka bentuk loji janakuasa biogas.

Beliau yang memiliki Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Mekanikal dari Universiti Hiroshima, Jepun itu berkata, beliau menyertai Cenergi pada tahun 2018 itu atas dasar untuk menyumbang pengalaman positif alam sekitar dalam bidang biogas.

“Tugas mereka bentuk loji janakuasa biogas adalah tanggungjawab besar saya. Saya perlu sediakan butiran kejuruteraan dokumentasi melibatkan projek biogas selain berhubung rapat dengan semua pihak berkepentingan daripada konsultan, kontraktor sehinggalah pemilik akhir,” jelasnya.

Tangani pelepasan karbon

Tumpuan kepada agenda untuk mengurangkan pelepasan karbon menjadi keutamaan bagi Eksekutif Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan Strategi Korporat dan Kemampanan Cenergi, Nur Alyaa Zahida Azizan, dengan memantau setiap polisi baharu yang ditetapkan oleh kerajaan dan antarabangsa.

“Untuk bahagian kemampanan, projek yang kami aktif sekarang ini ialah projek kredit karbon.

“Tahun lalu, Bursa Malaysia melalui Bursa Company Exchange (BCM) telah lancarkan BCM Handbook dan Cenergi telah tersenarai sebagai syarikat yang membangunkan projek karbon kredit.

No Image Caption

“Karbon kredit yang dijana daripada projek-projek ini dapat membantu syarikat korporat untuk mencapai sasaran pelepasan karbon,” katanya yang juga aktif dalam penyelarasan sijil RE.

Dalam pada itu, Nurul Farah Addina Farizuddin, 30, yang berasal dari Pahang mengakui tiada yang mustahil untuk berjaya di Cenergi dengan syarat semua pihak perlu memahami serta memberikan komitmen penuh terhadap peranan masing-masing.

Beliau yang bermula sebagai pegawai Pelatih Pengurusan pada tahun 2018, itu telah meneruskan kariernya sebagai Penolong Pengurus Bahagian Pengurusan Projek Kontrak dan Pengurusan Komersial di Cenergi sekali gus terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek RE di bawah syarikat itu.

“Kebanyakan kaki tangan di sini adalah jurutera muda. Banyak peluang untuk saya kembangkan kerjaya saya di Cenergi,” katanya yang memaklumkan bidang hidro dan biometana merupakan antara inisiatif baharu yang dilaksanakan di Cenergi.

Bagi Ketua Loji Biogas Seri Jelutong, Mohd Taufik Ab Rahman, 37, yang juga graduan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) memberitahu. secara umumnya beliau berminat dengan industri hijau atas dasar tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

Menurutnya, hampir kesemua industri berat mengeluarkan sisa buangan yang bahaya kepada alam sekitar.

“Dari segi konteks biogas pula, kilang sawit akan menghasilkan sisa buangan dalam bentuk cecair.

“Kalau ianya dibuang dengan kaedah konvensional menggunakan kolam rawatan, ia akan membebaskan gas rumah hijau iaitu gas metana yang memberi kesan kemusnahan kepada lapisan ozon,” ujarnya.

Menangani perkara itu, Mohd Taufik menjelaskan Cenergi memiliki teknologi yang memerangkap gas berbahaya itu yang disalurkan ke dalam sistem enjin biogas.

“Maknanya kita ambil sisa buangan itu dan manfaatkan ia supaya dapatkan gerakkan enjin itu dan untuk menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui. Secara amnya, Cenergi sendiri amat menggalakkan inovasi dalam kalangan juruteranya sendiri,” katanya.