Malaysia kedua terbaik peta hoki 5s dunia

Skuad hoki negara labuh tirai Piala Dunia 5s 2024 kedua terbaik. Foto FIH
Skuad hoki negara labuh tirai Piala Dunia 5s 2024 kedua terbaik. Foto FIH
A
A
A

SKUAD hoki lima sebelah (5s) negara sudah boleh melakukan persiapan lebih rapi bagi lebih mencabar pada temasya Piala Dunia 5s selepas ini, apabila muncul naib juara bagi kejuaraan sulung pada Khamis.

Tampil dengan reputasi pasukan bukan pilihan anak buah Wallace Tan telah menghadirkan tentangan sengit membanggakan sebelum tewas 2-5 kepada gergasi Eropah, Belanda dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Muscat, Oman.

Skuad Wallace yang melepasi sasaran suku akhir ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam kejuaraan itu terlebih dulu ketinggalan 1-3 separuh masa pertama kembali bangkit menyaingi lawan sebelum tewas akur kelebihan milik pasukan lawan penghujung perlawanan.

Gol Belanda dalam perlawanan itu dijaringkan Van Der Drift Yannick (m-1, m-13), Reyenga Pepijn (m-6), Sander de Wijn (m-26) dan Jamie van Aart (m-28).

Dua gol Malaysia pula dijelmakan kapten pasukan, Mohamad Akhimullah Anuar Esook (m-2) dan Muhammad Firdaus Omar (m-16).

Menurut Wallace, pemain-pemain negara

telah memberikan yang terbaik dalam perlawanan akhir itu, namun akur mengakhiri cabaran dengan status kedua terbaik kejuaraan berkenaan.

“Ini merupakan satu pencapaian tertinggi dan terbaik untuk hoki Malaysia di pentas hoki Piala Dunia.

Artikel Berkaitan:

“Kami telah menjalani sesi latihan sebaiknya bagi membaiki kelemahan pasukan sebelum ke sini dan tempat kedua merupakan tempat yang saya boleh katakan terbaik.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas semua sokongan yang diberikan kepada pasukan kami. Kami telah mencuba sehabis baik dan kami mencapai kedudukan kedua. Saya berharap penyokong akan terus memberikan sokongan kepada pasukan hoki Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Akhimullah yang menjaringkan 10 gol sepanjang kejohanan dinobatkan selaku Pemain Terbaik.

Sebagai rekod, skuad negara mengesahkan tiket ke Piala Dunia 5s selepas berada dalam kelompok empat pasukan terbaik pada Kejuaraan Piala Asia 2023 di Salalah Oman, September lalu.