Tuntutan MFP mahu pinda undang-undang lese-majeste tak dihirau

MFP kini dipimpin Thanathorn Juangroongruangkit (tengah) selepas Pita melepaskan jawatan sebagai ketua parti itu. - Foto: AFP
MFP kini dipimpin Thanathorn Juangroongruangkit (tengah) selepas Pita melepaskan jawatan sebagai ketua parti itu. - Foto: AFP
A
A
A

BANGKOK - Parti pembangkang, Parti Move Forward (MFP) yang memenangi kerusi paling banyak pada pilihan raya lalu diarahkan untuk menghentikan kempen yang menuntut pindaan undang-undang menghina raja atau lese-majeste.

Keputusan itu diumumkan Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Rabu setelah tindakan MFP yang didakwa cuba menggugat kedudukan Raja Maha Vajiralongkorn itu sama seperti usaha menggulingkan monarki.

“Rancangan mahu meminda undang-undang itu menunjukkan niat untuk memisahkan monarki dengan rakyat yang amat berbahaya kepada keselamatan negara.

“Terdapat larangan terhadap pelaksanaan hak dan kebebasan yang menjejaskan keselamatan dan keamanan negara, ketenteraman negara, dan akhlak yang baik,” tegas mahkamah itu.

Susulan itu, mahkamah mengarahkan bekas pemimpin MFP, Pita Limjaroenrat supaya tidak lagi berkempen tentang perkara tersebut.

Pita yang gagal menjadi Perdana Menteri kembali ke Parlimen minggu lalu setelah mahkamah sama mengekalkan kedudukannya sebagai ahli dewan tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: