Kapal karam: Seorang rakyat Malaysia selamat - KLN

Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat perkembangan terkini. - Gambar hiasan
Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat perkembangan terkini. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City, Vietnam mengesahkan seorang warganegara Malaysia selamat dalam insiden kapal dagang tenggelam di kawasan perairan Pulau Con Dao, pada Selasa.

KLN dalam satu kenyataan berkata, mangsa juga merupakan seorang anak kapal dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan telah diberikan rawatan lanjut oleh pihak berkuasa Pulau Con Dao.

“Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut dan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas KLN, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City di alamat No 109 Nguyen Van Huong Thao Dien Ward, Thu Duc City Ho Chi Minh City, Republik Sosialis Vietnam.

“Orang ramai juga boleh menghubungi di talian 84 (0) 28-3829 9023 atau 84 (0) 76 564 9660 (untuk kecemasan) serta email di mwhochiminh@kln.gov.my,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: