'Jelas prosedur import air zamzam, bukan haram penjualan'

Penjualan air zam-zam adalah dilarang dan tidak dibenarkan di negara ini.
Penjualan air zam-zam adalah dilarang dan tidak dibenarkan di negara ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan sepatutnya bertindak lebih bijak dengan menjelaskan prosedur yang betul untuk membawa masuk air zamzam ke negara ini bukannya terus mengharamkan penjualannya.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berkata, isu air zamzam hanya isu kebersihan dan ketulenan, justeru prosedur membawa masuk bekalan itu yang perlu menjadi keutamaan.

Menurutnya, prosedur sama membawa masuk air mineral lain mungkin boleh diguna pakai dan diperbaiki untuk membawa masuk air zamzam.

"Apa yang saya nampak KKM (Kementerian Kesihatan) mungkin bimbang soal kebersihan dan ketulenan air tersebut.

"Ada air zamzam yang dibawa masuk adalah bersih dan tulen, ada juga yang mungkin tercemar dan tidak tulen. Soalnya bukan air zamzam tetapi isu bagaimana ia dibawa masuk ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, KKM boleh mensyaratkan hanya beberapa pihak tertentu yang dibenarkan untuk membawa masuk air tersebut mengikut prosedur sepatutnya.

"Kemudian apabila prosedur sudah dapat dipatuhi dan ditambah baik, boleh dibuka kepada syarikat-syarikat lain bagi mengelakkan monopoli untuk membawa masuk bagi memastikan tahap kebersihan dan ketulenan air zamzam," katanya.

Katanya, reaksi masyarakat Islam yang tidak senang dengan isu pengharaman jualan air zamzam dan mengaitkan dengan isu arak ada benarnya.

Artikel Berkaitan:

"Penjualan arak yang memudaratkan dibenarkan tanpa sebarang halangan sementara isu air zamzam yang dianggap suci dan barakah dihalang penjualannya tanpa diberitahu cara lain mendapatkannya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjual air zam-zam boleh didenda, dipenjara