Penjual air zamzam boleh didenda, dipenjara

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM menerusi kenyataan di akaun Facebooknya memaklumkan menjadi satu kesalahan jika air zam-zam dijual di negara ini.
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM menerusi kenyataan di akaun Facebooknya memaklumkan menjadi satu kesalahan jika air zam-zam dijual di negara ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penjualan air zamzam adalah dilarang dan tidak dibenarkan di negara ini.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan memaklumkan individu yang melakukan kesalahan itu boleh berdepan tindakan undang-undang.

"Tahukah anda bahawa air zamzam adalah dilarang untuk dijual di Malaysia?

"Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zamzam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun," menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM semalam.

Dalam pada itu kenyataan berkenaan turut memaklumkan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung perkara itu boleh menyalurkannya kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di laman sesawang fsq.moh.gov.my.

Kenyataan itu memaklumkan maklumat juga boleh disalurkan di www.facebook.com/bkkmhq.

Artikel Berkaitan: