Guna turapan blok jenis konkrit di sekitar Pasir Gudang lebih efisien

Kerajaan Johor merancang untuk menggunakan turapan blok jenis konkrit terutama di sekitar Pasir Gudang. Foto FB Onn Hafiz Ghazi (Gambar kecil)
Kerajaan Johor merancang untuk menggunakan turapan blok jenis konkrit terutama di sekitar Pasir Gudang. Foto FB Onn Hafiz Ghazi (Gambar kecil)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor merancang untuk menggunakan turapan blok jenis konkrit terutamanya di sekitar Pasir Gudang, di sini bagi mengatasi kerosakan jalan akibat kenderaan berat.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi beliau berkata, turapan jalan menggunakan kaedah berkenaan terbukti lebih efisien untuk menampung kenderaan berat seperti lori kontena.

Menurut Onn Hafiz, beliau sering mendapat aduan tentang keadaan jalan raya yang tidak selamat digunakan dan antara kawasan berkenaan adalah di sekitar Pasir Gudang.

"Melalui lawatan ini, saya telah mencadangkan untuk menggunakan turapan blok konkrit terutamanya di persimpangan jalan.

"Saya juga memohon agar satu mesyuarat penyelarasan serta koordinasi semula pelan penyelenggaraan ini diperincikan semula bagi meneliti kaedah yang lebih baik dan efisien untuk penyelenggaraan jalan,” kata beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan: