Peserta cilik rebut gelaran juara Pertandingan Hafazan

Peserta menyertai pertandingan azan sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.
Peserta menyertai pertandingan azan sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Peserta cilik, Maryam Ab Hafeez, 7, merebut gelaran juara dalam Pertandingan Hafazan yang diadakan sempena Jualan Gudang Karangkraf selepas menewaskan 20 peserta lain.

Maryam berjaya melunaskan tugasan memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran iaitu surah Bayyinah dengan baik dalam program itu yang diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Maryam Ab Hafeez
Maryam Ab Hafeez

Maryam berkata, dia mula menghafaz al - Quran secara serius sejak berumur empat tahun kerana mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi hafazan.

"Alhamdulillah syukur atas kemenangan ini, tak sangka usaha fokus dalam hafazan berbaloi. Saya juga ada menyertai pertandingan lain dan juga memenanginya.

“Mak dan ayah banyak bantu, mereka sering pesan supaya rajin menghafaz. Lebih mudah untuk saya apabila di rumah ayat suci al-Quran kerap dipasang," katanya.

Suasana pertandingan azan sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.
Suasana pertandingan azan sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Jualan Gudang Karangkraf 2024 berlangsung selama 10 hari di Kompleks Kumpulan Karangkraf kali ini mengangkat tema #RoadToRamadan dengan membuat jualan al-Quran terbesar yang pernah dianjurkan.

Artikel Berkaitan:

Pengunjung juga berpeluang menerima potongan diskaun bagi tajuk buku terpilih dan cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM1,500.

Seorang peserta Shahid Zaid, 9, memberitahu, dia kini telah berjaya menghafaz beberapa surah panjang antaranya al - Mulk, Yassin dan juga Waqiah.

Shahid Zaid, 9,
Shahid Zaid, 9,

"Sangat seronok baca al -Quran dan target saya nak hafaz lebih banyak surah pada masa akan datang. Senang sahaja,10 ayat hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk ingat.

"Ibubapa saya tidak pernah memaksa tetapi dalam masa yang sama mereka sentiasa memberi sokongan. Insya-ALLAH saya akan memperbaiki bacaan agar lebih baik lagi," jelasnya.

Sementara itu, mengalunkan irama kurdi dalam pertandingan azan memberi tuah kepada Farrel As Syahid Ismail, 12, selepas dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut.

Farrel As Syahid Ismail
Farrel As Syahid Ismail

Farrel berkata, dia mempelajari alunan tersebut melalui 'youtube' dengan pemantauan ibunya.

"Saya mengambil masa seminggu untuk berlatih sebelum menyertai pertandingan ini dan alhamdulillah ia sangat berbaloi.

"Sebelum ini saya pernah menyertai pertandingan azan tapi bukanlah besar seperti yang dianjurkan oleh Karangkraf," ujar anak ketiga daripada enam beradik itu.

Bagi Aakhif Zafran Mohd Azrol, 11, pertandingan itu memberi pengalaman yang sangat bermakna buat dirinya.

Aakhif Zafran Mohd Azrol, 11,
Aakhif Zafran Mohd Azrol, 11,

"Saya langsung tidak gementar ketika naik atas pentas.

"Walaupun hanya mendapat saguhati tidak mengapa, saya akan berusaha lagi untuk memperbaikinya," katanya.