Jualan Gudang: Aktiviti silang kata bertema Ramadan untuk pengunjung

Dua pelajar sekolah dari Sekolah Menengah Subang Utama sedang meneliti buku yang dijual di Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Khamis
Dua pelajar sekolah dari Sekolah Menengah Subang Utama sedang meneliti buku yang dijual di Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Khamis
A
A
A

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf 2024 membawakan aktiviti menarik untuk pengunjung yang hadir melalui permainan teka silang kata bertemakan Ramadan sepanjang jualan tersebut berlangsung.

Eksekutif Pemasaran Digital Grup Buku Karangkraf, Nur Sarah Nadirah Ahmad Zaini berkata, tiada had umur ditetapkan bagi permainan tersebut, sekali gus memberi peluang kepada ibu bapa menyertai anak-anak untuk menyelesaikan teka silang kata tersebut.

Nur Sarah Nadirah
Nur Sarah Nadirah

“Dalam ruangan (bilik) itu akan dibahagikan kepada empat stesen iaitu Subuh, Zohor dan Asar, Maghrib serta Isyak.

“Kami juga akan letakkan perkataan atau ‘clue’ kepada soalan yang ditanya dan tiada had masa yang ditetapkan jadi peserta boleh siapkan secara santai,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tema yang diangkat pada jualan gudang kali ini adalah #RoadToRamadan dengan jualan al-Quran terbesar pernah dianjurkan yang berlangsung bermula 25 Januari hingga 4 Februari di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini.

Pengunjung juga berpeluang menerima potongan diskaun bagi tajuk buku terpilih dan cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM1,500.

Tambah Nur Sarah Nadirah, peserta juga boleh menebus cendera mata yang disediakan di meja pendaftaran VIP sekiranya semua jawapan betul selain menerima buku catatan eksklusif daripada Grup Buku Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

Pengunjung yang hadir pada hari kelapan Jualan Gudang Karangkraf 2024
Pengunjung yang hadir pada hari kelapan Jualan Gudang Karangkraf 2024

“Aktiviti ini juga akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir anak-anak berkaitan amalan yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan serta beberapa soalan mengenai jenis al-Quran keluaran Karya Bestari.

“Berbaki beberapa hari sahaja lagi jualan gudang ini berlangsung, saya mengalu-alukan orang ramai untuk hadir dan menikmati tawaran harga menarik yang disediakan,” ujarnya.