Situasi Yaman: Rakyat Malaysia disaran berpindah, pulang secara sukarela

Kesemua rakyat Malaysia yang berada di Yaman dilaporkan berada dalam keadaan selamat. - Gambar hiasan
Kesemua rakyat Malaysia yang berada di Yaman dilaporkan berada dalam keadaan selamat. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang berada di Yaman dinasihati agar berpindah ke tempat selamat atau pulang ke tanah air secara sukarela sekiranya merasakan keselamatan diri mereka terancam dengan situasi semasa.

Ia susulan tindakan ketenteraan diketuai Amerika Syarikat baru-baru ini yang menyasarkan kawasan-kawasan kawalan Houthi.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, setakat ini terdapat 376 rakyat Malaysia yang telah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman.

"Kedutaan Besar Malaysia di Muscat sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia di Yaman dan melaporkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat," kata kementerian itu pada Selasa.

Tambah Wisma Putra, rakyat Malaysia yang berada di Yaman dan belum mendaftarkan diri dengan pihak kedutaan disaran segera berbuat demikian.

Kedutaan Besar Malaysia di Muscat boleh dihubungi di alamat Villa No. 2443, Way 3030, Shatti Al Qurum, P O Box 51, Bareeq Alshati Muscat atau talian (968) 2469 8329 dan (968) 7159 2388 serta e-mel, mwmuscat@kln.gov.my.

Artikel Berkaitan: