Masyarakat antarabangsa diseru bantu rakyat Palestin kembali ke tanah air

Kenyataan Mohamad di Facebook pada Ahad. - Foto Facabook Mohamad Sabu
Kenyataan Mohamad di Facebook pada Ahad. - Foto Facabook Mohamad Sabu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh masyarakat antarabangsa memberikan sokongan dan pertolongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan hak kembali ke tanah air mereka.

Beliau berkata, dunia tidak boleh beralih fokus kepada isu lain termasuk dakwaan tindakan ganas pejuang Palestin tanpa melihat kepada faktor utama kekacauan yang tidak pernah diselesaikan.

"Apa sahaja jalan dipilih oleh rakyat Palestin yang teraniaya ini berpunca daripada tanah air dan harta benda mereka dirampas secara haram oleh rejim Israel.

"Oleh itu kita perlu lebih tegas mendesak dan menghalang Israel meluaskan petempatan haram mereka dan kembalikan hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

Mohamad berkata, walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 2334 pada 2016, yang mendakwa Israel melanggar undang-undang antarabangsa dengan membuka 293 petempatan haram di tanah milik rakyat Palestin, masih tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap negara tersebut.

Beliau berkata, malah Israel masih meneruskan tindakan ganas dengan merampas tanah rakyat Palestin seperti meroboh rumah dan mengenakan tindakan ganas membunuh serta mencederakan penduduk yang cuba mempertahankan harta benda mereka.

Menurut Mohamad, tindakan itu turut diakui Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang mendakwa sekurang-kurangnya 700,000 penempatan haram dibina Israel di Tebing Barat dan Jerusalem Timur.

"Bukan sekadar tidak mematuhi undang-undang antarabangsa, tetapi Kerajaan Israel juga mengumumkan langkah untuk membina sekali ganda lagi petempatan haram di wilayah yang dijajah mereka di Bukit Golan menjelang 2027.

Artikel Berkaitan:

"Hal ini kerana semenjak penubuhan negara Israel yang dilakukan secara haram dan ganas dengan merampas tanah air rakyat Palestin pada 1948, jutaan rakyat Palestin terpaksa melarikan diri ke negara jiran seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir selepas rumah dan tanah mereka dirampas,” katanya. - Bernama