Mydigital NCR simpan rekod dokumen nikah, cerai

Saarani (tengah) melancarkan Mydigital NCR yang menyimpan rekod berkaitan nikah, cerai dan rujuk versi digital bagi negeri Perak.
Saarani (tengah) melancarkan Mydigital NCR yang menyimpan rekod berkaitan nikah, cerai dan rujuk versi digital bagi negeri Perak.
A
A
A

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memperkenalkan sistem penyimpanan digital bagi pengurusan nikah, cerai dan rujuk (Mydigital NCR) di negeri ini.

Pengarahnya, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, pelaksanaan projek itu dijangka menyelamatkan dokumen berkaitan sijil nikah dan cerai dari tahun 1920 hingga terkini.

"Jumlah rekod yang ada sehingga kini adalah dianggarkan antara 500,000 hingga 700,000 helai dokumen.

"Ia disimpan dalam bentuk penjilidan dan fail di Pejabat Agama Islam Daerah dan di Pejabat Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Perak," katanya ketika berucap pada Majlis 'Executive Talk' dan Perutusan Tahun Baharu 2024 JAIPk di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini pada Isnin.

Saarani (dua dari kanan) menyampaikan sijil ketika menghadiri Majlis 'Executive Talk' dan Perutusan Tahun Baharu 2024 JAIPk di Ipoh.
Saarani (dua dari kanan) menyampaikan sijil ketika menghadiri Majlis 'Executive Talk' dan Perutusan Tahun Baharu 2024 JAIPk di Ipoh.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Menurut Harith Fadzilah, sebanyak 40,000 dokumen melibatkan Pejabat Agama Daerah Lenggong, Pengkalan Hulu dan Selama berjaya diimbas bagi fasa pertama.

"Fasa kedua projek Mydigital NCR diperluaskan ke lima daerah iaitu Kinta, Taiping, Kuala Kangsar, Manjung dan Teluk Intan dengan keseluruhan dokumen berjumlah 460,000 helai dokumen.

Artikel Berkaitan:

"Projek ini dilaksanakan sebagai menyahut saranan untuk memacu inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan," katanya.