Mohamad Hanifah pengerusi PN Negeri Sembilan ganti Faizal Azumu

Mohamad Hanifah (kiri), Ahmad Faizal
Mohamad Hanifah (kiri), Ahmad Faizal
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker dilantik sebagai Pengerusi Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, lantikan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Kuala Lumpur pada Ahad.

“Saya percaya seluruh bahagian Bersatu memberikan kerjasama baik dengan Hanifah dalam mengukuhkan parti, sudah tentu banyak perkara boleh dilakukan serta beroleh kejayaan di Negeri Sembilan.

“Paling penting Bersatu dan PN mesti memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa, sentiasa membangkitkan isu rakyat sambil berusaha memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Mohamad Hanifah menggantikan Ahmad Faizal yang memegang jawatan itu sejak Jun tahun lepas.

Dalam pada itu, Mohamad Hanifah, 44, berterima kasih kepada pimpinan parti atas kepercayaan diberikan bagi menggalas tanggungjawab berkenaan.

Beliau berazam untuk terus membantu kepimpinan untuk memperkukuhkan parti di peringkat akar umbi.

Artikel Berkaitan: