Indonesia akan kembali lebih kuat

Para pemain Indonesia terpaksa akur tewas kepada Australia 0-4 dalam aksi kalah mati Piala Asia Qatar di Doha pada malam Ahad. Foto AFP
Para pemain Indonesia terpaksa akur tewas kepada Australia 0-4 dalam aksi kalah mati Piala Asia Qatar di Doha pada malam Ahad. Foto AFP
A
A
A

KAPTEN Indonesia, Jordi Amat memuji prestasi rakan sepasukan yang mempamerkan aksi hebat biarpun skuad Sang Garuda tumpas kepada Australia 0-4 dalam aksi kalah mati Piala Asia Qatar 2023 di Doha malam Ahad.

Pemain berusia 31 tahun itu juga optimis dengan potensi bola sepak negara tersebut yang mampu pergi jauh pada masa depan.

Mara ke pusingan 16 piala berprestij di Asia tersebut merupakan satu pencapaian mengagumkan dan sejarah baharu buat Indonesia.

“Saya amat berbangga dengan rakan pasukan saya,” ujar Amat.

Dalam aksi di Stadium Jassim bin Hamad, Doha itu, skuad Sang Garuda terpaksa akur tewas hasil gol sendiri Elkan Baggott pada minit ke-12 dan jaringan Martin Boyle (m-45), Craig Goodwin (m-89′) dan Harry Souttar pada masa kecederaan.

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menjelaskan punca skuad Sang Garuda kalah kepada Australia yang dianggap mempamerkan permainan yang cukup mantap.

“Kami sedar dari awal ia merupakan perlawanan yang sukar.

“Mereka lebih klinikal pada separuh masa pertama. Kami mempunyai peluang tetapi tidak dapat menjaringkan gol," ujar Amat.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menitipkan kata-kata semangat buat rakan sepasukan agar terus berusaha dengan lebih gigih demi kemajuan bola sepak Indonesia.

“Kami perlu bekerja keras dan kembali lebih kuat,” katanya.