Harimau Malaya kena lebih selektif

Peningkatan prestasi Harimau Malaya dari satu perlawanan ke satu perlawanan di Qatar 2023 disifatkan petanda positif untuk lebih menyerlah pada Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Foto Football Association of Malaysia
Peningkatan prestasi Harimau Malaya dari satu perlawanan ke satu perlawanan di Qatar 2023 disifatkan petanda positif untuk lebih menyerlah pada Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Foto Football Association of Malaysia
A
A
A

PENINGKATAN prestasi skuad bola sepak negara di Qatar 2023 memberi petanda positif Harimau Malaya telah bersedia untuk lebih menyerlah pada Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Malah, legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail percaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu lebih selektif dalam memilih pasukan untuk perlawanan persahabatan pada masa depan.

JAMAL NASIR
JAMAL NASIR

Tambahnya, badan induk bola sepak negara itu perlu memastikan lawan Harimau Malaya merupakan pasukan dalam kalangan bawah 100 ranking dunia.

“Saya nampak cahaya untuk Harimau Malaya pada masa depan kembali cerah berikutan pencapaian di Qatar 2023 apabila berdepan Kyrgyzstan, Taiwan dan Oman selepas ini.

“Sebenarnya skuad kebangsaan kekurangan minit perlawanan persahabatan antarabangsa berintensiti tinggi berdepan pasukan high ranking.

“Sebab itu penting untuk FAM sekali lagi memastikan lawan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan setara atau lebih tinggi bagi lebih exposure kepada pemain-pemain.

“Kita selepas ini tidak boleh lagi memilih pasukan lawan seperti Timor Leste, Papua New Guinea untuk perlawanan persahabatan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama bekas pemain pertahanan negara era 70-an hingga 80-an itu juga mengharapkan kerajaan memberikan sokongan dana sebagai persiapan mengharungi kempen kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia.

“Sokongan daripada kerajaan untuk skuad Harimau Malaya bagi sesuatu kejohanan itu perlulah ada bagi membolehkan persiapan rapi dilakukan dengan sempurna.

“Saya percaya team-team yang beraksi di Qatar 2023 juga mendapat sokongan dana daripada kerajaan, sebab persatuan mereka pun hendak cari dana daripada mana?

“Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada penajaan yang diterima FAM, bukan bermakna tiada pernajaan tetapi terlalu kecil yang kita semua tahu keupayaan penaja juga ada hadnya,” katanya.

Laporan Sukan Sinar pada Sabtu.
Laporan Sukan Sinar pada Sabtu.

Katanya, prestasi skuad negara telah meningkat beberapa tahun kebelakangan ini yang diterjemahkan dengan pencapaian di Qatar 2023.

Namun jelasnya, minit permainan skuad Harimau Malaya masih jauh terutama dari segi aspek persiapan pemain-pemain.

“Saya tidak salahkan FAM dalam perkara ini, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk menyediakan pasukan yang benar-benar mantap

“Semua orang boleh tuding jari apabila pasukan negara mengalami kekalahan tanpa mengetahui perkara yang berlaku sebenarnya.” katanya.

Mengenai perlawanan berdepan Oman dalam aksi Kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang dijangka pada March depan, Jamal berkata, “Saya tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa kita boleh lawan Oman di sana.

“Ini kerana kita telah buktikan dengan peningkatan prestasi sebenar di Qatar 2023.

"Cuma kini pemain-pemain perlu kembali semula ke asas drawing board seperti sebelum ini kerana cabaran sebenar baru bermula,” katanya.