Agong, Permaisuri berkenan rasmi Laman Tuanku

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat replika pelan pembangunan projek selepas merasmikan Laman Tuanku di Laman Tuanku, Jalan Sri Hartamas pada Ahad. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Ahad berkenan merasmikan Laman Tuanku di sini.

Terletak berhadapan dengan Pintu 3 Istana Negara, Laman Tuanku adalah sebuah taman awam yang pembinaannya mengambil inspirasi daripada sikap kasih sayang Seri Paduka berdua yang kerap menyantuni rakyat jelata.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif KH Land Sdn Bhd, Datuk Seri Jeff Yap sebelum diiringi untuk bergambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat dan pengurusan tertinggi syarikat di galeri di laman itu.

KH Land adalah pemaju bagi pembinaan laman berkenaan.

Seri Paduka berdua kemudian dibawa melawat galeri yang memaparkan gambar dan replika pembangunan keseluruhan Laman Tuanku sebelum menandatangani plak perasmian.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membuka sangkar bagi melepaskan burung merpati pada gimik perasmian Laman Tuanku di Laman Tuanku, Jalan Sri Hartamas pada Ahad. Foto Bernama

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudian merasmikan majlis dengan melepaskan burung merpati sebagai gimik pelancaran Laman Tuanku, yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan 1.6 hektar.

Laman Tuanku, yang memiliki 13 laman mewakili negeri seperti Laman Darul Makmur dengan laman khas dikenali sebagai Laman Permaisuri serta dipenuhi tanaman rempah dan herba yang sering digunakan dalam masakan oleh Tunku Azizah, dijangka menjadi tarikan pengunjung selepas ia dibuka kepada orang ramai pada Mac depan.- Bernama

Artikel Berkaitan: