Polis masih siasat motif kanak-kanak maut didera

Hussein (Laporan Sinar Harian)
Hussein (Laporan Sinar Harian)
A
A
A

PETALING JAYA - Polis masih menyiasat motif seorang kanak-kanak lelaki yang didera sehingga maut oleh ibu bapa saudaranya di sebuah kawasan perumahan dekat sini Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek masih direman dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif mangsa didera.

“Hasil bedah siasat juga mendapati terdapat kesan kecederaan lama dan baharu,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak tersebut.

Mangsa yang berusia setahun enam bulan itu dikatakan tidak sedarkan diri di kediaman terbabit sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam oleh bapa saudaranya berusia 20-an.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika rawatan dan hasil pemeriksaan serta bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat didera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Berkaitan: