Kemusykilan tentang puasa ganti

KETAHUI lanjut tentang fakta-fakta mengenai puasa ganti yang wajib kita ambil tahu.
KETAHUI lanjut tentang fakta-fakta mengenai puasa ganti yang wajib kita ambil tahu.
A
A
A

SAAT ini, ramai yang sedang berjuang menghabiskan puasa ganti sebelum tibanya Ramadan dijangka pada 12 Mac depan.

Tidak hairanlah mengapa persoalan tentang qada puasa sering kali dibangkitkan. Apatah lagi, bukan selalu kita melakukannya.

Perlu diketahui bahawa terdapat perbezaan antara menunaikan puasa sunat dan puasa ganti atau qada.

Bagi memudahkan orang ramai untuk merungkaikan persoalan berkaitan tentangnya, Sinar Islam mengajukan lima kemusykilan yang kerap diutarakan.

Bersama Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor, Dr Nurzahidah Jaapar merungkai jawapannya:

DR NURZAHIDAH
DR NURZAHIDAH

Soalan 1: Bolehkah puasa ganti dilakukan pada hari Jumaat?

Artikel Berkaitan:

Jawapan: Hukumnya harus, namun bersyarat iaitu perlu dipadankan dengan hari Khamis atau Sabtu bagi mengelakkan ia menyerupai amalan ritual agama lain. Berpuasa tunggal pada hari Jumaat sahaja dilarang.

2. Adakah niat puasa qada perlu dilakukan pada waktu malam dan sahur sahaja?

Jawapan: Waktu niat yang terbaik untuk menggantikan puasa Ramadan adalah pada malam hari sebelum puasa atau pada waktu sahur.

3. Bolehkah menggabungkan puasa qada dengan puasa sunat-sunat lain seperti hari Isnin dan Khamis atau hari-hari putih?

Jawapan: Menggabungkan niat puasa qada dan sunat adalah diharuskan dalam satu puasa, terutama jika pelaksanaan puasa itu kebetulan dengan hari-hari yang digalakkan berpuasa seperti puasa enam Syawal, hari-hari putih, Isnin dan Khamis.

Sebahagian ulama mensyaratkan menentukan (ta'yin) niat, manakala sebahagian yang lain tidak mensyaratkannya.

JANGAN lupa untuk berniat qada puasa atau puasa ganti pada malam hari sebelum melakukan ibadah tersebut atau pada waktu sahur.
JANGAN lupa untuk berniat qada puasa atau puasa ganti pada malam hari sebelum melakukan ibadah tersebut atau pada waktu sahur.

4. Bolehkah puasa ganti dilakukan selepas 15 Syaaban nanti?

Jawapan: Mengganti puasa adalah wajib. Oleh itu ia dibenarkan kerana hadis yang melarangnya adalah lemah dan bercanggah dengan hadis sahih apabila Saidatina Aisyah RA yang menggantikan puasa Ramadannya pada bulan Syaaban.

5. Adakah boleh kita batalkan puasa qada disebabkan ada jemputan makan

Jawapan: Puasa ganti Ramadan merupakan kewajiban yang harus dilaksanakan dan tidak boleh dibatalkan secara sengaja kerana merupakan dosa besar. Oleh itu, puasa qada wajib diselesaikan hingga sempurna kecuali dalam keadaan uzur seperti sakit, haid atau dalam perjalanan (musafir).