Tiada keperluan SOP untuk mufti keluar kenyataan

Mohd Faudzinaim
Mohd Faudzinaim
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada keperluan mewujudkan garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) terhadap mufti sebelum mengeluarkan kenyataan kepada masyarakat.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badaruddin berpandangan, kewujudan SOP bakal menimbulkan kelewatan dalam konteks mufti di setiap negeri menjawab sebarang isu berbangkit.

“Mufti adalah golongan berilmu, jadi sudah pasti setiap pendapat dilontarkan mereka mempunyai sandaran.

"Kalau kita wujudkan SOP, ia menyebabkan kelewatan dari sudut mufti ini nak menjawab sesuatu isu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Faudzinaim mengingatkan orang ramai tidak menularkan pandangan dikeluarkan mufti di media sosial.

“Hal ini kerana segala keputusan diumumkan kebiasaannya sudah dibincangkan atau diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: