Harimau Malaya ikat Korea Selatan

Malaysia meraikan gol Romel Morales. Foto AFP
Malaysia meraikan gol Romel Morales. Foto AFP
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya pulang dengan satu mata selepas bangkit mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub sebentar tadi.

Pemain gantian, Romel Morales muncul wira selepas golnya pada minit 90+15 menindakkan kemenangan Korea Selatan.

Dalam pertemuan itu, Korea Selatan terlebih dahulu di hadapan menerusi pemain tengah VFB Stuttgart, Jeong Woo-yeong pada minit ke-21.

Bagaimanapun, anak buah Kim Pan-gon menyamakan kedudukan menerusi sepakan lambung Faisal Halim m-51.

Malaysia mengejutkan gergasi Asia itu pada minit ke-61 menerusi Arif Aiman Hanapi yang tenang menyempurnakan sepakan penalti.

Korea Selatan yang tertekan melancarkan serangan bertali arus dan kembali menemui sentuhan jaringan menerusi bintang PSG, Lee Kang-in m-83.

Kapten Son Heung-min kembali meletakkan Korea Selatan di hadapan selepas menyempurnakan penalti m-90+4.

Ketika permainan hampir ditamatkan, pemain gantian Romel Morales menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat Korea Selatan 3-3.

Artikel Berkaitan:

Jurgen Klinsmann menyenaraikan lapan pemain berpangkalan di Eropah dalam perlawanan di Al Janoub, namun Malaysia tenang menyerap asakan untuk keputusan seri 3-3.