Sarjan didakwa rogol pelajar: Polis jamin siasatan telus

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat mendakwa dirinya dirogol seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah dalam kejadian tahun lalu.
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat mendakwa dirinya dirogol seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah dalam kejadian tahun lalu.
A
A
A

IPOH - Polis memberi jaminan siasatan secara telus dan adil dijalankan berhubung kes pelajar perempuan Tingkatan Empat yang mendakwa dirinya dirogol seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah dalam kejadian tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, siasatan secara menyeluruh dilakukan tanpa sesekali melindungi meskipun suspek terlibat merupakan anggota polis.

Azizi
Azizi

"Sudah tentu siasatan kita telus sepertimana kes yang lain.

"SOP (prosedur operasi standard) sama kita gunakan tak kiralah subjek berkenaan anggota (polis) kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program High Profile Policing Polis Perak sempena sambutan Thaipusam peringkat negeri di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar dakwa dirogol sarjan di parkir pasar raya

Azizi berkata, buat masa ini belum ada tangkapan dibuat dan polis dalam proses siasatan untuk kenal pasti kejadian sebenar kes itu berlaku.

Artikel Berkaitan:

Katanya, proses itu termasuklah mendapatkan pengesahan berkaitan beberapa perkara yang dikaitkan dengan dakwaan rogol.

"Perkara ini akan kita selesaikan dalam tempoh terdekat kerana kalau kes ini straight forward, kita boleh terus (ambil tindakan), jika tidak maka ada beberapa subjek lain yang kita perlu kesan," katanya.

Pada Rabu Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar berusia 16 tahun mendakwa dirinya dirogol anggota polis berpangkat sarjan di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah dalam kejadian tahun lalu.

Azizi menyantuni pengunjung sempena Program High Profile Policing Polis Perak sempena sambutan Thaipusam peringkat negeri di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh dekat Ipoh pada Khamis.
Azizi menyantuni pengunjung sempena Program High Profile Policing Polis Perak sempena sambutan Thaipusam peringkat negeri di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh dekat Ipoh pada Khamis.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan Oktober 2023.

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki Thai maut ditembak di kepala

Dalam perkembangan lain, Azizi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian tembakan di perairan Pantai Remis yang mengorbankan seorang lelaki warga Thailand, Selasa lepas.

Ujarnya, setakat ini masih belum ada tangkapan dilakukan dan polis dalam tindakan mengesan penembak terlibat.

"Kemungkinan (motif) banyak, bagaimanapun kita masih siasat. Kes ini berlaku di tengah laut dan kebetulan kita cuma ada seorang saksi sahaja ketika itu," katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa maut selepas ditembak di kepala oleh sekumpulan lelaki warga Indonesia di atas sebuah bot ketika dalam perjalanan pulang ke pelantar ikan di Pantai Remis dekat Manjung.