Bos hadiahkan apartmen RM1.17 juta kepada pekerja

Pengerusi sebuah syarikat di wilayah Guangdong mengumumkan pemberian bonus akhir tahun berupa apartmen bernilai RM1.17 juta kepada dua pekerjanya. - Agensi
Pengerusi sebuah syarikat di wilayah Guangdong mengumumkan pemberian bonus akhir tahun berupa apartmen bernilai RM1.17 juta kepada dua pekerjanya. - Agensi
A
A
A

GUANGZHOU - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Itu pepatah sesuai buat dua pekerja sebuah syarikat di wilayah Guangdong, China apabila masing-masing menerima sebuah apartmen bernilai 2 juta Yuan (RM1.17 juta) sebagai imbuhan bonus akhir tahun baru-baru ini.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan berkata, kriteria pemilihan pekerja terbabit dibuat bukan berdasarkan prestasi kerja sebaliknya dinilai menerusi karakter peribadi.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pekerja tersebut yang berasal dari wilayah Hunan dan Hubei dipilih kerana mengutamakan keluarga walaupun tinggal berjauhan daripada anak dan isteri.

“Mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab walaupun berjauhan dengan keluarga.

“Imbuhan ini adalah pelan jangka panjang untuk membantu pekerja syarikat yang memerlukan,” katanya.

Bagaimanapun, netizen China ragu-ragu dengan pemberian bonus tersebut dan menganggap syarikat berkenaan sekadar meraih publisiti murahan. - Agensi

Artikel Berkaitan: